- Information
- AI Chat
Was this document helpful?
Bahasa Melayu Kuno
Course: bahasa melayu (910)
7 Documents
Students shared 7 documents in this course
University: Kolej Tingkatan Enam Desa Murni
Was this document helpful?
1
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1)
BAHAGIAN A
2.1 PENDAHULUAN
KESUSASTERAAN China pernah menyebut perihal bahasa Kwun-Lun yang dituturkan di
alam Melayu, seperti yang pernah dipelajari oleh I-Tsing di Perguruan Tinggi Agama Buddha
di Sriwijaya.1
Bahasa ini milik bangsa Indo-Melayu kuno, yang dinamakan bahasa Melayu kuno atau
Melayu Proto.2
Bahasa Melayu kuno merujuk bahasa Melayu yang digunakan pada batu-batu bersurat atau
prasasti yang dijumpai di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka, yang mewakili bahasa Melayu
yang paling tua pernah dirakamkan.3
Bahasa Melayu kuno turut dianggap sebagai bahasa Melayu Purba yang mendapat pengaruh
baharu kesan daripada kedatangan pengaruh India.4
2.2 SUMBER BAHASA MELAYU KUNO
Bukti bahasa Melayu kuno wujud atau digunakan dapat dilihat daripada pahatan pada
beberapa batu bersurat (prasasti) pada abad ketujuh hingga abad ke-14.
Prasasti yang dijumpai dapat menunjukkan bentuk bahasa Melayu kuno, penyataan bahasa
yang langsung, mempunyai erti sejarah perkembangan bahasa Melayu, dan dapat menjelaskan
bentuk tulisan dan perkataan yang digunakan.5
Banyak batu bersurat yang dijumpai bertarikh di sekitar abad ketujuh dan kelapan Masihi,
ketika alam Melayu terletak di bawah pengaruh kerajaan Sriwijaya.
Terdapat lima buah batu bersurat yang ditemui di Sumatera dan sebuah ditemui di Pulau Jawa
yang dijadikan kajian utama kerana menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu yang jelas.
(a) Kedukan Bukit (Palembang, 683 Masihi)
Prasasti ini dijumpai pada tahun 1920 di kaki Bukit Siguntang bertarikh 605 tahun
Saka
Dianggap sebagai batu bersurat tertua yang menyebut nama Sriwijaya.
Bahasa Melayu yang digunakan bercampur dengan bahasa Sanskrit.
Tulisannya menggunakan huruf Palava (tulisan purba dari selatan India).
1Selatan Hamzah. Bahasa Malaysia dalam Sejarah dan Perkembangannya. Jakarta: Universiti Nasional (1974:9)
2Ismail Hussein. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
(1992:3)
3Asmah Haji Omar (1988:383)
4Darwis Harahap. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (1992:8)
5Hamedi Mohd Adnan. Tutorial STPM Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1). Kuala Lumpur: Federal Publications
(2000:17)
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
Nota
PENGGAL
1
2.0 BAHASA MELAYU KUNO