Skip to document

NOTA Sintaksis BM SEM2 - Bahasa Melayu STPM semester 2

Bahasa Melayu STPM semester 2
Course

bahasa melayu (910)

7 Documents
Students shared 7 documents in this course
Academic year: 2022/2023
Uploaded by:
Anonymous Student
This document has been uploaded by a student, just like you, who decided to remain anonymous.
Politeknik Sultan Idris Shah

Comments

Please sign in or register to post comments.

Preview text

2. SINTAKSIS

  1. 1 Definisi Bidang Sintaksis  Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi.  Bidang sintaksis membincangkan struktur frasa, klausa, dan ayat.  Sintaksis merupakan istilah yang digunakan untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu cara sesuatu kata disusun untuk menjadi frasa, klausa, dan ayat.
      1. 1 Konsep Ayat  Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat tatabahasa.  Unit tatabahasa yang terbentuk daripada klausa, frasa, kata, dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain.  Susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang bermakna.  Ayat dapat dilihat dari segi ciri dan binaannya. (a) Ciri ayat i. terdiri daripada sekurang-kurangnya satu subjek dan satu predikat  tidak lengkap tanpa kedua-dua konstituen ini  ayat yang terdiri daripada satu perkataan, dipanggil ayat minimal (sebenarnya ayat ini mempunyai subjek dan predikat tersebut tetapi salah satu daripadanya telah digugurkan) ii. mempunyai makna yang lengkap iii. diucapkan dengan intonasi yang sempurna iv. pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan  Sebelum mengucapkan sesuatu ayat, kita senyap.  Apabila ayat itu habis diungkap, kita juga senyap sebentar.  Dalam penulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhtah. (b) Binaan ayat i. Ayat boleh terdiri daripada satu perkataan (ayat minimal) atau susunan beberapa perkataan yang terbentuk daripada gabungan klausa. ii. Susunan ayat yang lengkap terdiri daripada dua unsur (konstituen), iaitu subjek dan predikat.
      1. 2 Konsep Klausa  Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.
      1. 3 Konsep Frasa  Unit korpus bahasa yang terletak di tingkat yang lebih tinggi daripada perkataan.  Merupakan susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi unit yang lebih besar.  Frasa-frasa ini mengisi konstituen subjek dan predikat.  Terdapat lima jenis frasa, iaitu: (a) Frasa nama (d) Frasa sendi nama (b) Frasa kerja (e) Frasa keterangan (c) Frasa adjektif  Frasa dapat dilihat dari segi ciri dan binaannya. (a) Ciri-ciri frasa i. berpotensi diperluas  Kata intinya dapat diperluas dengan menambahkan perkataan sebelum atau selepas kata inti. Contoh: kucing kucing itu anak kucing itu anak kucing Siam itu ii. tidak mengandungi subjek dan predikat  Frasa tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat kerana binaannya terdiri daripada unsur inti dan penerang sahaja. Contoh: gadis kampung makan minum panas terik iii. boleh disisipkan unsur lain  Lazimnya unsur boleh disisipkan kata hubung dan kata sendi nama di antara dua perkataan yang membina frasa.  Penyisipannya tidak mengubah makna asalnya. Contoh: gadis dari kampung makan dan minum panas yang terik iv. kesatuannya tidak boleh dipisahkan  Sekiranya frasa hendak dipindahkan kedudukannya, seluruh frasa itu harus dipindahkan bersama-sama sebagai satu kesatuan. Contoh: Budak kecil itu sedang bermain di padang permainan. sedang bermain / budak kecil itu / di padang permainan di padang permainan / budak kecil itu / sedang bermain di padang permainan / sedang bermain / budak kecil itu v. pengucapannya tidak sempurna  Tidak mempunyai kesenyapan seperti pengucapan ayat. vi. menjadi unsur kepada klausa dan ayat  Menjadi konstituen dalam ayat.  Mengisi unsur klausa dan ayat pada konstituen subjek dan predikat.  Boleh menjadi objek dan keterangan. vii. boleh dipancangkan ke dalam frasa  Frasa boleh menjadi unsur kepada frasa kerana sesuatu kata boleh dipancangkan ke dalam sesuatu frasa lain. Contoh: anak burung merpati

(b) Binaan frasa  Binaan frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam frasa. Binaan frasa yang biasa dalam bahasa Melayu ialah inti + penerang. Inti - unsur wajib dalam frasa (kecuali frasa sendi nama) - unsur yang menjadi tumpuan makna seluruh frasa - frasa sendi nama tiada inti Penerang - satu atau sekumpulan perkataan yang memberikan maklumat lanjut tentang inti

  • unsur yang menerangkan makna inti Contohnya: Inti Penerang baju merah kasut biru muda kulit  Frasa terbahagi kepada dua, iaitu frasa endosentrik dan eksosentrik. Frasa Endosentrik  Mengandungi satu unsur inti yang menjadi wakil frasa.  Inti terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.  Inti tidak boleh digugurkan. Jenis Frasa Contoh Frasa Contoh Unsur Inti Frasa Nama buku latihan kambing jantan penduduk kampung buku kambing penduduk Frasa Kerja menangis teresak-esak bekerja malam berpakaian sekolah menangis bekerja berpakaian Frasa Adjektif cantik sekali muda remaja sungguh gagah cantik muda gagah Frasa Eksosentrik  Tidak terdapat unsur inti dan tidak mempunyai keterangan.  Mempunyai dua unsur yang tidak boleh dipisahkan atau dikecilkan, iaitu kata sendi nama dan kata nama. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Nama / Frasa Nama di oleh sejak pada pasar malam guru Bahasa Melayu semalam pokok rambutan
    1. 4 Konsep Subjek dan Predikat (a) Subjek  Unsur yang diterangkan dalam sesuatu ayat atau pokok perbicaraan.  Boleh terdiri daripada nama orang, tempat, benda, peristiwa, haiwan, dan sebagainya. i. Frasa nama sebagai subjek Subjek (Frasa nama) Predikat Pelajar itu Pak Karim Rumah banglo itu anak orang kaya. tukang kebun di sekolah itu. kepunyaan datuk saya. ii. Frasa kerja sebagai subjek Subjek (Frasa kerja) Predikat Berbasikal Membantu anak yatim menguatkan otot. amalan mulia. iii. Frasa adjektif sebagai subjek Subjek (Frasa adjektif) Predikat Putih Besar Boros melambangkan kesucian. tidak bererti kuat. akan membawa kepapaan. (b) Predikat  Perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan atau menceritakan subjek.  Boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. i. Frasa nama sebagai predikat Subjek Predikat (Frasa nama) Abdullah Budak itu Kereta merah itu peniaga. anak orang miskin. kepunyaan bapa kami. ii. Frasa kerja sebagai predikat Subjek Predikat (Frasa kerja) Mereka Pak Abu Beberapa ekor lembu berbual. berkain pelikat. memasuki kawasan rumahnya. iii. Frasa adjektif sebagai predikat Subjek Predikat (Frasa adjektif) Tembok itu Kehidupannya Perlawanan bola sepak itu tinggi. amat sederhana. sungguh sengit sekali. iv. Frasa sendi nama sebagai predikat Subjek Predikat (Frasa sendi nama) Rumahnya Hadiah itu Neneknya di seberang sungai itu. daripada kakak saya. dalam keadaan tenat.

Nama Tenaga Penggerak yang menggerakkan inti kincir angin Inti + Penerang Nama Perkara Merujuk kepada perkara atau hal yang menerangkan inti surat majlis permohonan perasmian Inti + Penerang Nama Khas Merujuk kepada nama khusus bagi menerangkan inti Gunung bandar Tahan Kangar Inti + Penerang Nama Gelaran atau Panggilan Merujuk kepada gelaran atau panggilan bagi menerangkan inti Doktor Sang Haji Razak Kancil Zakaria  Inti + Penerang Bukan Nama Jenis Penerang Bukan Nama Huraian Contoh Frasa Inti Penerang Inti + Penerang Penentu Merujuk kepada ciri tertentu kata nama penerang – boleh berada di hadapan atau di belakang inti usaha dua buah itu kereta Inti + Penerang Kata Kerja Merujuk kepada unsur yang menerangkan perlakuan kepada inti tuala mesin mandi kira Inti + Penerang Kata Adjektif Merujuk kepada unsur yang menerangkan sifat bagi inti kereta nasi mewah sejuk Inti + Penerang Frasa Sendi Nama Merujuk kepada unsur yang mengandungi kata sendi nama, diikuti kata nama untuk menerangkan inti. buku hadiah di atas meja untuk kakak Inti + Penerang Adverba Merujuk kepada masa atau cara bagi inti hari sambutan esok julung kali Inti + Penerang Bilangan Ordinal Merujuk kepada bilangan ordinal, iaitu menunjukkan kedudukan dari segi urutan tempat tingkat kedua kelima ii. Inti + Inti  Frasa nama jenis ini tidak mempunyai unsur penerang.  Kedua-dua perkataan bersifat inti.  Terdiri daripada dua jenis, iaitu inti + inti dengan persamaan makna dan inti + inti dengan pertentangan makna.  Inti + Inti dengan Persamaan Makna

  • Kedua-dua perkataan dengan binaan frasa nama jenis ini membawa makna sama erti.
  • Tidak dianggap lewah. Contohnya: Inti Inti hutan tubuh wang rimba badan ringgit  Inti + Inti dengan Pertentangan Makna
  • Kedua-dua perkataan dalam binaan frasa nama jenis ini memperlihatkan makna yang berlawanan.
  • Tidak dianggap lewah kerana ia merupakan salah satu struktur bagi frasa nama. Contohnya: Inti Inti ibu suami kerusi bapa isteri meja (c) Susunan Konstituen Frasa Nama i. Hukum D-M  Binaan frasa nama kebanyakannya terdiri daripada susunan inti + penerang.  Susunannya mengikuti Hukum D-M yang bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Contohnya: Frasa Nama Diterangkan (D) Menerangkan (M) telur restoran pendingin kuning nasi kandar hawa ii. Kekecualian Hukum D-M  Unsur penerang boleh berada di hadapan inti dan dianggap kekecualian daripada Hukum D-M.  Kesalahan Hukum D-M dalam bahasa Melayu berlaku kerana pengaruh bahasa Inggeris yang menggunakan Hukum M-D, contohnya: Sebeb kekecualian Penerang Inti Kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan banyak beberapa orang calon mahasiswa Kehadiran kata nafi bukan bukan jawapan persoalan

Penggunaan nama panggilan atau gelaran Puan Sang Rohini Kancil Kebiasaan penggunaan ibu pembantu pejabat penyelidik iii. Penerang  Inti frasa nama boleh mengandungi beberapa penerang.  Dua frasa nama juga boleh hadir serentak dalam ayat. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang 1 Penerang 2 (Frasa) Inti Penerang seluar pakaian baharu hijau abang askar saya Melayu Frasa Nama Inti Penerang 1 (Frasa) Penerang 2 (Frasa) Inti Penerang Inti Penerang baju pintu kain bilik sutera tidur buatan rumah Terengganu saya 2. 2. 2 Frasa Kerja (FK)  Terbentuk dengan frasa kerja sebagai inti frasa dan menduduki konstituen predikat  Boleh mengandungi satu perkataan atau beberapa perkataan.  Boleh terdiri daripada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.  Kata kerja yang menjadi inti boleh terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk. Fungsi Frasa Kerja (a) Sebagai predikat Subjek Predikat Frasa Kerja Pemuda itu Pekerja itu bertopi. sedang mengangkat barang. (b) Sebagai subjek Subjek Predikat Bercakap Makan ulam memang mudah. mencantikkan kulit. (c) Sebagai penerang Subjek Predikat Perbuatan mencuri Kedudukan mereka kerja yang hina. dalam situasi berbahaya. Binaan Frasa Kerja (a) Binaan Frasa Kerja Transitif  Mesti diikuti kata nama atau frasa nama sebagai objek.  Frasa nama sebagai objek boleh dipasifkan. Subjek Predikat Shafiq Komik itu Kakak saya Nasi membaca komik itu. dibaca oleh Shafiq. (pasif) menanak nasi. ditanak oleh kakak saya. (pasif)  Ada kalanya frasa kerja transitif tidak disertai frasa nama sebagai objek, seperti kata kerja makan, membaca, menunggu, dan mengandung (objek telah digugurkan melalui proses transformasi).  Dalam binaan frasa kerja transitif, tidak boleh disisipkan kata atau apa-apa frasa antara kata kerja transitif dengan objek, contohnya: Subjek Predikat Betul (/) (gramatis) Salah (X) (tidak gramatis) Peniaga itu ingin memajukan perniagaannya. memajukan lagi perniagaannya. Penulis itu menggunakan nama samaran juga. menggunakan juga nama samaran.  Frasa kerja transitif dengan satu objek Subjek Predikat (Frasa Kerja Transitif) Kata kerja transitif Objek Kereta itu Pelajar itu melanggar menyiapkan lembu. latihan.  Frasa kerja transitif dengan dua objek Subjek Predikat (Frasa Kerja Transitif) Kata kerja transitif Objek Tepat Objek Sipi Ibu Ramli menghidangi meminjami tetamu Zaini nasi. novelnya.

  • Ayat di atas boleh ditukar menjadi frasa kerja transitif dengan satu objek.
  • Ayat yang berikut sama dari segi maksudnya tetapi berbeza dari segi bentuknya.
  • Bentuk kata kerja transitif diubah dengan memindahkan objek tepat asal ke bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama. Subjek Predikat (Frasa Kerja Transitif) Kata kerja transitif Objek Tepat Keterangan Ibu Ramli menghidangkan meminjamkan nasi novelnya kepada tetamu. kepada Zaini. (b) Binaan Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap  Tidak memerlukan frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.  Boleh hadir bersama-sama kata bantu. Subjek Predikat (Frasa Kerja Tak Transitif) Budak itu Bapa menangis. sedang bekerja.

b) Minyak wangi itu berbau sungguh harum. (keterangan frasa adjektif) c) Rombongan itu datang pada minggu lepas. (keterangan frasa sendi nama) 2. 2. 3 Frasa Adjektif (FA)  Terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan menduduki konstituen predikat.  Boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan.  Boleh menerima kata penguat. Fungsi Frasa Adjektif (a) Sebagai predikat Subjek Predikat Kereta itu Rumah Ahmad Bunga melur laju sungguh. sangat besar. wangi. (b) Sebagai subjek Subjek Predikat Kaya Jelita Malas belum tentu bahagia. idaman semua wanita. sikap yang tidak baik. (c) Sebagai penerang bagi frasa nama Subjek Predikat Baju kuning langsat itu Dia memakai Gadis tinggi lampai itu kegemaran Kamal. kasut putih. akan berkahwin. (d) Sebagai penerang bagi frasa kerja Subjek Predikat Frasa Kerja Kata Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) Budak itu Pesakit itu Gadis ini berlari tidur bercakap sungguh panas. terlalu nyenyak. perlahan sekali. Binaan Frasa Adjektif (a) Binaan Satu Perkataan

  • kata tunggal
  • kata terbitan
  • kata ganda Rumah jutawan itu besar. Bangunan itu tidak setinggi bangunan ini. Perangai gadis itu kebudak-budakan. (b) Binaan Dua Perkataan (KA + KA) Kata Adjektif + Kata Adjektif Askar itu gagah berani. (keserasian makna) Permukaan jalan itu tinggi rendah. (berlawanan makna) Lelaki itu gemuk gedempol. (unsur rima) (c) Binaan Dua Perkataan (KA + KN) Kata Adjektif + Kata Nama Mereka itu gila pangkat. (maksud kiasan) Jutawan itu murah hati. (maksud kiasan) Peserta pertandingan itu muda remaja. (maksud keserupaan) Baju Ahmad kuning langsat. (maksud keserupaan) Peluasan Frasa Adjektif (a) Peluasan dengan Kata Penguat Baju Ali paling putih. (penguat depan) Bangunan itu tinggi sekali. (penguat belakang) Lukisan itu cantik sungguh. (penguat bebas) (b) Peluasan dengan Kata Bantu Emak dia sudah tua. Berita itu belum tentu benar. Buah mangga itu masih belum masak. (c) Peluasan dengan Keterangan Dia sering rindu akan tunangnya. Datuk sakit pada kakinya. Badan budak itu kurus bagai lidi.
    1. 4 Frasa Sendi Nama  Satu binaan yang mengandungi kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.  Perkataan yang letaknya di hadapan kata nama. Fungsi Frasa Sendi Nama (a) Sebagai predikat Subjek Predikat Hadiah ini Ceramah tersebut Emak saya untuk kakak saya. tentang bahasa Melayu. akan ke pasar. (b) Sebagai unsur penerang bagi frasa nama Subjek Predikat Buku di atas meja itu Kain sutera dari Korea Basikal itu telah hilang. dikenakan cukai. hadiah daripada kakak. (c) Sebagai frasa keterangan (berada di hujung ayat) Subjek Predikat Frasa Utama Frasa Keterangan Bapa Mereka Kerani itu ke Melaka berkumpul menaip surat dengan ibu. di kantin sekolah. untuk saya. Binaan Frasa Sendi Nama (a) Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama dari sejak untuk Perlis semalam lagi pelajar-pelajar

miskin (b) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama dari ke di dalam luar samping bilik negara isteri (c) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Frasa Keterangan dalam dari daripada mesyuarat Kedah guru bahasa di bilik itu petang tadi sekolah itu (d) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama Frasa Keterangan ke dari di dalam utara dalam hutan Perak sungai itu petang tadi ke Perlis pagi tadi 2. 3 Jenis dan Binaan Klausa 2. 3. 1 Klausa Bebas  Boleh berdiri sendiri (ada subjek dan predikat).  Boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contoh: kamu pandai Aminah ke dapur lelaki itu membasuh kereta 2. 3. 2 Klausa Tak Bebas  Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan tidak bersifat ayat (klausa subordinat).  Memerlukan klausa bebas untuk membentuk ayat yang lengkap.  Intonasi tidak sempurna. Contoh: kerana kamu rajin untuk menanak nasi setelah tetamunya pulang  Dalam ayat, klausa tak bebas dapat berfungsi sebagai: i. Subjek dalam ayat majmuk relatif dan ayat majmuk komplemen Subjek Predikat Yang duduk itu Bahawa kita perlu berusaha Untuk kita melaksanakannya abang saya. adalah benar. sangat sukar. ii. Objek bagi kata kerja transitif dalam ayat majmuk komplemen Subjek Predikat Semua orang mengetahui bahawa dia anak jutawan itu. Ahmad Dia menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku semalam. mengetahui bahawa Sulaiman telah bersara. iii. Pelengkap bagi ayat majmuk komplemen yang predikatnya terdiri daripada kata adjektif atau kata kerja tak transitif Subjek Predikat Lelaki itu Pak Hamid Kami sedar bahawa dia bersalah terhadap ibunya. berkata bahawa anak muda suka berhibur. tahu bahawa dia anak orang kaya. iv. Klausa tak bebas sebagai keterangan berfungsi dalam ayat majmuk keterangan Subjek Predikat Kami Adik Mereka tiba semasa dia sedang mandi. menangis kerana belum makan. akan pergi berkhemah jika dibenarkan ayah. 2. 4 Pola Ayat Dasar (a) Ayat dasar  Ayat dasar terdiri daripada satu klausa.  Disebut juga sebagai ayat inti.  Menjadi asas pembentukan ayat terbitan.  Ayat dasar hanya meliputi ayat-ayat yang berikut:  Ayat penyata  Ayat aktif  Bersusunan biasa  Rumah tumpangan ada di sana.  Petani itu membina pondok.  Enjin motokar itu rosak teruk. (b) Pola ayat dasar dan contoh ayat Pola Subjek Predikat 1

FN

Anak Pak Ali

FN

pelajar universiti. 2

FN

Seekor helang

FK

terbang tinggi. 3

FN

Kediaman beliau

FA

paling eksklusif. 4

FN

Pesawat itu

FS

dari Jakarta. Dalam keempat-empat pola ayat dasar di atas, konstituen subjek diwakili oleh frasa nama (FN). (c) Persamaan dan perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar i. Persamaan  Mempunyai satu klausa.  Mempunyai satu subjek dan satu predikat. ii. Perbezaan Ayat Dasar Ayat Tunggal  bersusunan biasa  bersusunan biasa atau bersusunan songsang

Catatan: Frasa keterangan (dengan kapak) dikedepankan. 2. 6 Ragam Ayat 2. 6. 1 Ayat Aktif (a) Ayat Aktif Transitif  Boleh dipasifkan.  Contoh ayat:

  • Mereka mengecat bilik itu.
  • Bilik itu dicat oleh mereka.  Ada objek sebagai penyambut (bilik itu).  Boleh disoal dengan “apa” (mengecat apa?).  Contoh ayat:
  • Pemuda itu mengejar peragut.
  • Pak Ali dan keluarganya membersihkan kolam ikan. (b) Ayat Aktif Tak Transitif  Tidak boleh dipasifkan (Dia mengelamun di situ.).  Tiada penyambut. Ada keterangan (di situ).  Terdiri daripada ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap, berpelengkap, dan berpenerang. i. Tak berpelengkap
  • Budak itu menangis teresak-esak.
  • Anak kucing jantan mengiau di tepi longkang. (Bahagian yang bergaris boleh digugurkan) ii. Berpelengkap
  • Badan bayi itu bertambah montel.
  • Penyakit datuk Sahrir beransur sembuh. (Bahagian yang bergaris tidak boleh digugurkan) iii. Berpenerang
  • Pengurus itu berbaju batik hari ini.
  • Mereka berkasut kulit ke pejabat.
    1. 2 Ayat Pasif Jenis Ayat Pasif i. Ayat pasif dengan kata kerja berimbuhan  Imbuhan yang dimaksudkan ialah di-, ter-, ber-, dan ke-an.  Contoh ayat: a) Buku itu dibaca oleh adik saya. b) Harimau itu tertembak di kaki kirinya. c) Baju itu berjahit dengan benang sutera. d) Penghuni rumah panjang itu kegemparan semalam. ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama  Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama a) Buku itu saya baca. b) Buku itu aku baca. c) Buku itu kubaca. d) Buku itu kami baca. e) Buku itu kita baca.  Ayat pasif dengan kata ganti diri kedua a) Rumah itu awak bersihkan. b) Rumah itu kamu bersihkan. c) Rumah itu engkau bersihkan. d) Rumah itu kaubersihkan. e) Rumah itu anda bersihkan.  Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga a) Bilik itu disewa oleh dia. b) Bilik itu disewa oleh beliau. c) Bilik itu disewa oleh mereka. d) Bilik itu disewanya. iii. Ayat pasif dengan perkataan “kena” a) Peragut itu kena pukul oleh orang ramai. b) Budak itu kena kejar oleh angsa garang.
  1. 7 Jenis Ayat  Penjenisan ayat dibuat berdasarkan kriteria tujuan pengujaran atau fungsi ayat.  Kesemua jenis ayat mempunyai intonasi khusus.  Boleh terdiri daripada susunan biasa dan songsang, ragam aktif dan pasif, dan dalam bentuk tunggal dan majmuk.
    1. 1 Ayat Penyata  Ayat untuk melaporkan, menyatakan atau memberikan keterangan sesuatu.  Dikenali juga sebagai ayat berita, ayat keterangan, ayat maklumat, dan ayat pernyataan.  Tidak memerlukan jawapan atau gerak balas.  Diujarkan dengan nada menurun sebelum kesenyapan. Contoh:
  • Ibu bapanya orang kaya.
  • Dia kesiangan.
  • Sangat indah pemandangan di situ.
  • Rumah itu baru dirobohkan.
  • Mak ciknya sangat sibuk tetapi hal rumah tangga tidak diabaikan.
    1. 2 Ayat Tanya  Ayat untuk menanyakan sesuatu hal, mendapatkan jawapan, atau meminta maklumat.  Terdiri daripada jenis yang berikut: (a) Berdasarkan Struktur Berdasarkan Struktur Ayat Contoh (i) Tanpa kata tanya  Nada suara meninggi sebelum kesenyapan  Boleh dalam bentuk aktif  Dia pengurus syarikat ini?  Rumah di atas bukit itu besar?  Surat itu dibaca oleh Ismail?

dan pasif (ii) Dengan unsur tanya  Kata tanya – berapa, bila, bagaimana, mengapa, kenapa  Kata ganti nama tanya – apa, mana, siapa  Frasa sendi nama tanya – di mana, dari mana, ke mana, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya  Kamu sudah bawa berapa?  Apakah benda itu?  Kamu bersembunyi di mana? (b) Berdasarkan Jawapan Berdasarkan Jawapan Ayat Contoh (i) Ayat tanya tertutup  Jawapannya ya, tidak, atau bukan  Adikkah yang memanggil kita?  Abang kamu sudah pulang?  Di sinikah dia terjatuh? (ii) Ayat tanya terbuka  Jawapannya tidak terhad pada ya, tidak, atau bukan  Ke manakah kamu pergi tadi?  Pendaftaran pertandingan itu bila?  Mengapakah dia tidak datang? 2. 7. 3 Ayat Perintah  Ayat untuk menimbulkan sesuatu tindakan.  Memerlukan gerak balas daripada pendengar.  Perintah ditujukan kepada orang kedua.  Kebiasaannya kata ganti nama diri orang kedua digugurkan.  Jenis-jenisnya: (a) Ayat Suruhan Ayat Suruhan Ayat Contoh  Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan  Subjek ayat terdiri daripada kata ganti nama diri kedua, tetapi selalunya digugurkan  Tiada kata khusus untuk maksud suruhan  Intonasi yang keras pada kata kerja  Kata kerja boleh menerima partikel – lah dan akhiran – kan  Keluar dari bilik ini!  Makanlah kuih ini dahulu.  Bawakan abah air masak suam. (b) Ayat Larangan Ayat Larangan Ayat Contoh  Ayat untuk menegah seseorang daripada melakukan sesuatu  Usah/Tak usah/Jangan berkasar dengan kanak-  Jenis ayat larangan – menggunakan kata larangan (jangan, usah, dan tak usah), tidak menggunakan kata larangan, tetapi menggunakan di-  Boleh dilembutkan dengan penggunaan – lah dan harap  Tidak boleh menggunakan kata sila

  • berpengertian yang positif kanak.  Anda dilarang bersembang.  Tak usahlah bermain di kawasan itu.  Harap jangan tertidur.  *Sila jangan memancing di sini.  Jangan memancing di sini. (c) Ayat Silaan Ayat Silaan Ayat Contoh  Ayat untuk menjemput atau mempersilakan seseorang  Menggunakan kata silaan – sila, jemput, dan sudi  Boleh dilembutkan/dihaluskan dengan penggunaan partikel - lah  Sila serahkan borang di pejabat.  Jemput masuk.  Sudi nikmati jamuan ini.  Sudilah singgah sekejap. (d) Ayat Permintaan Ayat Permintaan Ayat Contoh  Bertujuan untuk memohon atau meminta sesuatu  Menggunakan kata permintaan – minta, tolong, dan mohon  Tidak boleh menggunakan kata larangan jangan – membawa pengertian negatif  Minta tuan-tuan jelaskan hutang terlebih dahulu.  Tolong berhenti di bawah pokok itu.  Mohon dipenuhkan kerusi di hadapan.  *Mohon jangan berlari.  Jangan berlari. (e) Ayat Ajakan Ayat Ajakan Ayat Contoh  Ayat untuk mengajak seseorang melakukan sesuatu  Menggunakan kata ajakan – ayuh, mari, dan jom  Boleh dihaluskan/dilembutkan dengan menggunakan partikel
  • lah  Ayuh kita berlumba.  Mari makan dahulu.  Jomlah ke sana sekarang.
    1. 4 Ayat Seruan  Ayat untuk menyatakan perasaan.  Ditandai oleh intonasi seruan.  Dalam tulisan, ayat diakhiri dengan tanda seru (!).  Pendek dan ringkas.  Didahului oleh kata seru – eh, cis, wah, nah, aduh, amboi, syabas, dan oh.

esok. FN objek sipi

  • Mak Cik Hasmah memberitahu saya bahawa anaknya sedang sakit. (ii) Komplemen frasa kerja - Kamu mengaku bahawa kami tersilap. (iii) Komplemen frasa adjektif
  • Mereka sangat yakin bahawa pasukan itu akan menang. (iv) Komplemen struktur ayat penyata + ayat tanya
  • Pihaknya tidak tahu bagaimana pemuda itu dapat masuk ke situ. iii. Ayat Majmuk Keterangan  Ayat yang mengandungi satu klausa bebas dan satu atau lebih klausa tak bebas.  Klausa tak bebas menjadi keterangan kepada predikat.  Klausa keterangan melengkapkan ayat majmuk keterangan. Jenis Keterangan Ayat Contoh Keterangan waktu
  • Adik terus menangis apabila ternampak ibu. Keterangan musabab
  • Kerana terlalu takut, dia menjerit dengan nyaringnya. Keterangan akibat
  • Dia berlari laju sehingga terlajak ke tepi kolam. Keterangan pertentangan
  • Bayi itu masih menangis walaupun sudah minum susu. Keterangan syarat
  • Kamu akan gagal sekiranya kamu terus leka. Keterangan cara
  • Batang kelapa itu dipotong-potong dengan menggunakan gergaji. Keterangan tujuan
  • Pungutan derma dilancarkan untuk membantu mangsa ribut. Keterangan harapan
  • Kita berdoalah semoga adik sembuh segera. Keterangan perbandingan
  • Anak angkatnya itu disayanginya seperti anak kandungnya. (c) Ayat Majmuk Campuran  Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis klausa atau ayat.  Terdiri daripada campuran klausa bebas dengan pelbagai jenis klausa tak bebas.  Terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa dalam satu ayat majmuk campuran, yang dihubungkan oleh dua kata hubung. Contoh: Ayat Campuran Klausa Dia baru sampai kerana kereta yang disewanya mengalami kerosakan.
  • Dia baru sampai
  • kerana kereta mengalami kerosakan
  • yang disewanya Walaupun ribut sudah berhenti, orang ramai tidak berani keluar oleh sebab petir masih berdentum dan hujan juga masih lebat.
  • Walaupun ribut sudah berhenti
  • orang ramai tidak berani keluar
  • oleh sebab petir masih berdentum
  • dan hujan masih lebat
  1. 9 Proses Penerbitan Ayat
    1. 1 Konsep Ayat Terbitan  Ayat yang telah mengalami perubahan aturan daripada bentuk dasar.  Perubahan terjadi kerana pertambahan unsur, bentuk, dan susunan ayat.
    1. 2 Proses Penerbitan Ayat (a) Proses Pengguguran  Proses menghilangkan unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.  Terdapat tiga jenis pengguguran: i. Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek Jenis Pengguguran Contoh Pengguguran subjek kata ganti nama diri kedua (dalam ayat perintah)
  2. Kamu semua bangun.  Bangun!
  3. Awak tidurlah dahulu.  Tidurlah dahulu. Pengguguran kata nama sebagai inti frasa nama subjek
  4. Sikap angkuh dibenci orang.  Angkuh dibenci orang.
  5. Tabiat bekerjasama memberi manfaat.  Bekerjasama memberi manfaat. Pengguguran subjek yang serupa (dalam ayat majmuk)
  6. Dia bangun lalu dia pergi.  Dia bangun lalu pergi.
  7. Emak disenangi kerana emak baik hati.  Emak disenangi kerana baik hati. ii. Pengguguran Frasa Predikat Jenis Pengguguran Contoh Pengguguran seluruh frasa predikat (kata nama, kata kerja, kata sendi nama, dan kata adjektif)
  8. Razli adiknya dan Ramlah adiknya.  Razli dan Ramlah adiknya.
  9. Dia masih belajar dan Johari masih belajar.  Dia dan Johari masih belajar.
  10. Tupai di atas pokok dan burung di atas pokok.  Tupai dan burung di atas pokok.
  11. Pak Mat baik hati dan Mak Mah baik hati.  Pak Mat dan Mak Mah baik hati.

Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat 1. Lauk itu dilarikan oleh kucing.  Lauk itu dilarikan kucing. 2. Abang mahu mandi dan abang mahu tidur.  Abang mahu mandi dan tidur. 3. Kami mengejarnya dan kami menangkapnya.  Kami mengejar dan menangkapnya. 4. Kejayaannya sungguh membanggakan kami.  Kejayaannya sungguh membanggakan. iii. Pengguguran Frasa Nama yang mendahului Klausa Relatif Jenis Pengguguran Contoh Pengguguran frasa nama yang mendahului klausa relatif 1. Orang itu kuat. Orang itu berbaju lusuh.  Orang yang berbaju lusuh itu kuat.  Yang berbaju lusuh itu kuat. (b) Proses Penyusunan Semula  Proses mengubah susunan bentuk perkataan dalam ayat asal kepada satu susunan atau struktur yang baharu.  Mengakibatkan perubahan, pengguguran, penggantian atau penambahan kata-kata tertentu.  Proses ini tidak mengubah makna ayat.  Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula. Jenis Penyusunan Semula Contoh Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek (Penukaran ayat aktif transitif kepada ayat pasif)

  1. Emak mendukung adik.  Adik didukung oleh emak.
  2. Kamu menolong lelaki itu.  Lelaki itu kamu tolong.
  3. Saya membawa banyak barang.  Banyak barang saya bawa. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek (Penukaran ayat aktif dengan dua objek menjadi ayat satu objek)
  4. Dia membelikan kami buah epal.  Dia membeli buah epal untuk kami.
  5. Malia mengirimi kakaknya baju baharu.  Malia mengirimkan baju baharu kepada kakaknya. Penyusunan semula melalui ayat songsang (Penukaran ayat biasa kepada ayat songsang)
  6. Budak itu bergincu tebal.  Bergincu tebal budak itu.
  7. Kami sangat haus sekarang.  Sangat haus kami sekarang. (c) Proses Peluasan  Proses menambahkan unsur baharu ke dalam ayat untuk menambahkan maklumat.  Proses ini menerbitkan ayat majmuk. Jenis Peluasan Contoh Peluasan frasa nama 1. Remaja itu bijak. Remaja itu pendiam. sebagai subjek (Proses relativisasi dalam subjek)  Remaja yang pendiam itu bijak.
  8. Lukisan itu amat cantik. Lukisan itu saya beli.  Lukisan yang saya beli itu amat cantik. Peluasan frasa predikat (Proses relativisasi dalam predikat)
  9. Kakak menaiki teksi itu. Teksi itu berhenti.  Kakak menaiki teksi yang berhenti itu.
  10. Siti menjahit baju. Baju ditempah oleh Farah.  Siti menjahit baju yang ditempah oleh Farah. Peluasan dengan kata hubung (Peluasan menggunakan kata hubung gabungan dan/atau keterangan)
  11. Suaminya suka bersembang. Adiknya suka bersembang.  Suaminya dan adiknya suka bersembang.
  12. Adik menyanyi. Abang membaca buku.  Adik menyanyi tetapi abang membaca buku.
  13. Matanya berair. Matanya dimasuki debu.  Matanya berair kerana dimasuki debu. Peluasan dengan proses komplementasi (Peluasan menggunakan kata hubung komplemen)
  14. Pegawai itu menjelaskan (sesuatu). Cuti mereka dibekukan.  Pegawai itu menjelaskan bahawa cuti mereka dibekukan.
  15. Dia memberitahu saya. Lantai itu sudah reput.  Dia memberitahu saya bahawa lantai itu sudah reput.
  16. Adik saya belajar. Adik saya berenang.  Adik saya belajar berenang.

mereka naiki terbang tinggi. ganti nama diri ketiga. dinaiki oleh mereka terbang tinggi. 4 Daripada aktiviti pembakaran terbuka ini mengakibatkan pencemaran udara. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Aktiviti pembakaran terbuka ini mengakibatkan pencemaran udara. 5 Para petani mengambil jalan mudah melupuskan jerami dan padi dengan membakarnya. Tidak menggunakan kata hubung keterangan dalam ayat keterangan. Para petani mengambil jalan mudah untuk melupuskan jerami dan padi dengan membakarnya. (f) Penanda Wacana Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan 1 Oleh karana... Merangkaikan kata sendi nama “oleh” dengan kata hubung “kerana”. Oleh sebab itu / Oleh itu 2 Namun... Menggunakan kata hubung gabungan (namun) pada awal ayat. Namun begitu / Namun demikian 3 .. dapat menimba... Kesalahan penggunaan penanda penghubung tempoh “selanjutnya” yang tidak menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. .. samping dapat menimba... 4 Selain daripada tinggal... Menggunakan dua kata sendi nama (“selain” dan “daripada”) secara berurutan. Selain tinggal...

Was this document helpful?

NOTA Sintaksis BM SEM2 - Bahasa Melayu STPM semester 2

Course: bahasa melayu (910)

7 Documents
Students shared 7 documents in this course
Was this document helpful?
2. SINTAKSIS
2.1 Definisi Bidang Sintaksis
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi.
Bidang sintaksis membincangkan struktur frasa, klausa, dan ayat.
Sintaksis merupakan istilah yang digunakan untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu
cara sesuatu kata disusun untuk menjadi frasa, klausa, dan ayat.
2.1.1 Konsep Ayat
Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat tatabahasa.
Unit tatabahasa yang terbentuk daripada klausa, frasa, kata, dan mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.
Susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang bermakna.
Ayat dapat dilihat dari segi ciri dan binaannya.
(a) Ciri ayat
i. terdiri daripada sekurang-kurangnya satu subjek dan satu predikat
tidak lengkap tanpa kedua-dua konstituen ini
ayat yang terdiri daripada satu perkataan, dipanggil ayat minimal
(sebenarnya ayat ini mempunyai subjek dan predikat tersebut
tetapi salah satu daripadanya telah digugurkan)
ii. mempunyai makna yang lengkap
iii. diucapkan dengan intonasi yang sempurna
iv. pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan
Sebelum mengucapkan sesuatu ayat, kita senyap.
Apabila ayat itu habis diungkap, kita juga senyap sebentar.
Dalam penulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri
dengan nokhtah.
(b) Binaan ayat
i. Ayat boleh terdiri daripada satu perkataan (ayat minimal) atau susunan
beberapa perkataan yang terbentuk daripada gabungan klausa.
ii. Susunan ayat yang lengkap terdiri daripada dua unsur (konstituen),
iaitu subjek dan predikat.
2.1.2 Konsep Klausa
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang
menjadi konstituen kepada ayat.
2.1.3 Konsep Frasa
Unit korpus bahasa yang terletak di tingkat yang lebih tinggi daripada perkataan.
Merupakan susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan
atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi unit yang lebih
besar.
Frasa-frasa ini mengisi konstituen subjek dan predikat.
Terdapat lima jenis frasa, iaitu:
(a) Frasa nama (d) Frasa sendi nama
(b) Frasa kerja (e) Frasa keterangan
(c) Frasa adjektif
Frasa dapat dilihat dari segi ciri dan binaannya.
(a) Ciri-ciri frasa
i. berpotensi diperluas
Kata intinya dapat diperluas dengan menambahkan perkataan
sebelum atau selepas kata inti.
Contoh: kucing
kucing itu
anak kucing itu
anak kucing Siam itu
ii. tidak mengandungi subjek dan predikat
Frasa tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat kerana binaannya
terdiri daripada unsur inti dan penerang sahaja.
Contoh: gadis kampung
makan minum
panas terik
iii. boleh disisipkan unsur lain
Lazimnya unsur boleh disisipkan kata hubung dan kata sendi nama
di antara dua perkataan yang membina frasa.
Penyisipannya tidak mengubah makna asalnya.
Contoh: gadis dari kampung
makan dan minum
panas yang terik
iv. kesatuannya tidak boleh dipisahkan
Sekiranya frasa hendak dipindahkan kedudukannya, seluruh frasa
itu harus dipindahkan bersama-sama sebagai satu kesatuan.
Contoh: Budak kecil itu sedang bermain di padang permainan.
sedang bermain / budak kecil itu / di padang permainan
di padang permainan / budak kecil itu / sedang bermain
di padang permainan / sedang bermain / budak kecil itu
v. pengucapannya tidak sempurna
Tidak mempunyai kesenyapan seperti pengucapan ayat.
vi. menjadi unsur kepada klausa dan ayat
Menjadi konstituen dalam ayat.
Mengisi unsur klausa dan ayat pada konstituen subjek dan predikat.
Boleh menjadi objek dan keterangan.
vii. boleh dipancangkan ke dalam frasa
Frasa boleh menjadi unsur kepada frasa kerana sesuatu kata boleh
dipancangkan ke dalam sesuatu frasa lain.
Contoh:
anak burung merpati