Skip to document

Sisa pertanian - Pengajian am

Pengajian am
Course

bahasa melayu (910)

7 Documents
Students shared 7 documents in this course
Academic year: 2021/2022
Uploaded by:
Anonymous Student
This document has been uploaded by a student, just like you, who decided to remain anonymous.
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni

Comments

Please sign in or register to post comments.

Preview text

Tanggapan masyarakat terhadap sisa pertanian sebagai bahan buangan tidak dapat digunakan semula adalah tidak tepat. Bincangkan pernyataan tersebut. Isu: sisa pertanian Tugasan: sisa pertanian boleh digunakan Skema: 5+ Idea: 1. penghasilan baja – baja organik/ baja kompos 2. penghasilan tenaga alternatif – biojisim, hampas 3. penghasilan perabot 4. penghasilan sumber makanan ternakan 5. penghasilan kraf tangan 6. bahan pembakaran Kebelakangan ini, sektor pertanian kian berkembang dan menyebabkan semakin banyak sisa pertanian dihasilkan. Sisa pertanian boleh digunakan semula. Sisa pertanian boleh digunakan sebagai bahan penghasilan baja. Sisa pertanian merupakan baja organik yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia yang akan memudaratkan hasil tanaman. Baja organik mempunyai unsur tersedia yang diperlukan oleh tumbuhan. Baja kompos sesuai untuk menyuburkan tanah jadi tumbuhan pertanian hidup subur. Selain itu, sisa pertanian boleh dijadikan sebagai penghasilan tenaga alternatif. Sisa pertanian yang diproses boleh menjadi sisa bahan biojisim yang dikategorikan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui. Penggunaan komponen bahan jisim menjimatkan kos dan praktikal dalam pengurusan sisa. Sisa biojisim boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga lain seperti bahan pembakaran. Misalnya, hampas kepala sawit boleh menghasil tenaga biojisim. Salah satu kegunaan sisa pertanian ialah menghasilkan perabot. Hal ini dikatakan kerana batang pokok kelapa dan kelapa sawit boleh dijadikan gentian 纤维 perabot menggantikan kayu-kayu. Batang pokok tersebut juga boleh menghasilkan kayu dan papan lapis. Gentian kereta juga boleh dihasilkan daripada sisa pertanian. Sisa pertanian boleh dijadikan sebagai penghasilan sumber makanan ternakan. Sisa pertanian merupakan makanan haiwan ternakan yang berkhasiat. Kandungannya tidak mempunyai bahan kimia. Sebaliknya kandungan sisa pertanian mengandungi mineral yang tinggi. Penggunaan sisa pertanian sebagai sumber makanan ternakan boleh menjimatkan kos. Sisa pertanian yang diproses menjadi makanan ternakan boleh dijual. Kraf tangan boleh dihasilkan oleh sisa pertanian. Jerami padi, batang pisang, tempurung kepala merupakan bahan asa hasilan kraf tangan yang murah. Perniagaan kraf tangan boleh dimulakan secara mudah sebab keperluan kewangan untuk membeli bahan-bahan asas tidak tinggi. Kraf tangan yang dihasilkan boleh dijual dan menambah pendapatan. Kesimpulannya, sisa pertanian boleh diguna semula. Sisa pertanian mempunyai nilai komersial yang tinggi dan menambah pendapatan petani.

Was this document helpful?

Sisa pertanian - Pengajian am

Course: bahasa melayu (910)

7 Documents
Students shared 7 documents in this course
Was this document helpful?
Tanggapan masyarakat terhadap sisa pertanian sebagai bahan buangan tidak dapat digunakan
semula adalah tidak tepat. Bincangkan pernyataan tersebut.
Isu: sisa pertanian
Tugasan: sisa pertanian boleh digunakan
Skema: 5+0
Idea:
1. penghasilan baja – baja organik/ baja kompos
2. penghasilan tenaga alternatif – biojisim, hampas
3. penghasilan perabot
4. penghasilan sumber makanan ternakan
5. penghasilan kraf tangan
6. bahan pembakaran
Kebelakangan ini, sektor pertanian kian berkembang dan menyebabkan semakin banyak sisa
pertanian dihasilkan. Sisa pertanian boleh digunakan semula.
Sisa pertanian boleh digunakan sebagai bahan penghasilan baja. Sisa pertanian merupakan baja
organik yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia yang akan
memudaratkan hasil tanaman. Baja organik mempunyai unsur tersedia yang diperlukan oleh
tumbuhan. Baja kompos sesuai untuk menyuburkan tanah jadi tumbuhan pertanian hidup subur.
Selain itu, sisa pertanian boleh dijadikan sebagai penghasilan tenaga alternatif. Sisa pertanian
yang diproses boleh menjadi sisa bahan biojisim yang dikategorikan sebagai sumber tenaga boleh
diperbaharui. Penggunaan komponen bahan jisim menjimatkan kos dan praktikal dalam pengurusan
sisa. Sisa biojisim boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga lain seperti bahan pembakaran. Misalnya,
hampas kepala sawit boleh menghasil tenaga biojisim.
Salah satu kegunaan sisa pertanian ialah menghasilkan perabot. Hal ini dikatakan kerana batang
pokok kelapa dan kelapa sawit boleh dijadikan gentian 纤维 perabot menggantikan kayu-kayu.
Batang pokok tersebut juga boleh menghasilkan kayu dan papan lapis. Gentian kereta juga boleh
dihasilkan daripada sisa pertanian.
Sisa pertanian boleh dijadikan sebagai penghasilan sumber makanan ternakan. Sisa pertanian
merupakan makanan haiwan ternakan yang berkhasiat. Kandungannya tidak mempunyai bahan
kimia. Sebaliknya kandungan sisa pertanian mengandungi mineral yang tinggi. Penggunaan sisa
pertanian sebagai sumber makanan ternakan boleh menjimatkan kos. Sisa pertanian yang diproses
menjadi makanan ternakan boleh dijual.
Kraf tangan boleh dihasilkan oleh sisa pertanian. Jerami padi, batang pisang, tempurung kepala
merupakan bahan asa hasilan kraf tangan yang murah. Perniagaan kraf tangan boleh dimulakan
secara mudah sebab keperluan kewangan untuk membeli bahan-bahan asas tidak tinggi. Kraf tangan
yang dihasilkan boleh dijual dan menambah pendapatan.
Kesimpulannya, sisa pertanian boleh diguna semula. Sisa pertanian mempunyai nilai komersial
yang tinggi dan menambah pendapatan petani.