- Information
- AI Chat
PP BUKU NOTA Cikgu Karthik
Economic (944)
Related Studylists
Form 6Preview text
PENGAJIAN PERNIAGAAN
Berikan maksud pengurusan dan nyatakan tiga kepentingannya [4] Pengurusan ialah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan kea arah pencapaian matlamat organisasi. Tiga kepentingan pengurusan ialah
- Membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan -Mengelakkan berlakunya pembaziran sumber dalam organisasi -Menyelaraskan sumber mengikut kesesuaian kemahiran dan kecekapan dimiliki oleh pekerja
Senaraikan empat kepentingan pengurusan kepada sesebuah organisasi [4] Empat kepentingan pengurusan ialah
- Membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan -Mengelakkan berlakunya pembaziran sumber dalam organisasi -Menyelaraskan sumber mengikut kesesuaian kemahiran dan kecekapan dimiliki oleh pekerja -Memotivasikan pekerja agar mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan
Huraikan tiga kepentingan pengurusan kepada sesebuah organisasi [6] Tiga kepentingan pengurusan ialah a. Membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan -Pengurusan membantu merancang dan menyelaras sumber organisasi dengan cekap dan berkesan agar matlamat organisasi tercapal b. Mengelakkan berlakunya pembaziran sumber dalam organisasi -Pengurusan membantu penggunaan sumber dengan optimum agar tiada pembaziran c Memotivasikan pekerja -Pengurusan mendorong dan mempengaruhi gelagat pekerja agar organisasi dapat mencapai matlamat yang ditetapkan
Nyatakan empat fungsi pengurusan dalam sesebuah organisasi[4] Empat fungsi pengurusan ialah -Perancangan
- Pengorganisasian
- Kepimpinan
- Pengawalan
Huraikan tiga fungsi pengurusan [6] Tiga fungsi pengurusan ialah i) Perancangan -Merupakan proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi.
ii) Pengorganisasian -Merupakan proses menyusun dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk melaksanakan tugas iii) Kepimpinan -Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
- Jelaskan dua fungsi pengurusan [6] Dua fungsi pengurusan ialah i) Perancangan -Merupakan proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakna yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi.
-Contohnya pengurus besar syarikat pakaian menetapkan matlamat syarikat mencapai jualan sebanyak RM4 juta pada tahun 2022 dan membentuk strategi seperti program promosi yang berkesan untukmencapai matlamat tersebut
ii) Pengorganisasian -Merupakan proses menyusun dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai
Contohnya pekerja syarikat pengeluaran perabot berjaya menghasilkan perabot mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan Kecekapan dalam syarikat pengeluaran perabot ialah melakukan sesuatu kerja dengan betul. Pekerja melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha dan perbelanjaan minimum agar dapat meminimumkan kos. Contohnya pengeluaran satu set meja makan memerlukan 3 jam bekerja tetapi pekerja berjaya menghasilkan set meja makan dalam 2 jam bekerja sahaja.
Nyatakan dua peranan pengurus sebagai antara perorangan dan dua peranan pengurus sebagai pembuatan keputusan [4] -Dua peranan pengurus sebagai antara perorangan ialah sebagai orang terpenting dan ketua -Dua peranan pembuatan keputusan pengurus ialah perunding dan usahawan
Huraikan peranan pengurus sebagai antara-perorangan [6] i) Sebagai Orang Terpenting
- Menjadi wakil dalam sebuah organisasi seperti merasmikan majlis hari keluarga.
- Pengurus menjalankan tugas simbolik dalam organisasi ii) Sebagai Ketua -Pengurus menyelaras dan mengarah aktiviti pekerja bagi mencapai matlamat organisasi -Pengurus menjadi ikutan kepada pekerja dalam organisasi
iii) Sebagai penghubung -Menjadi orang tengah atau penghubung antara organisasi dengan pihak luar seperti pembekal dan pembiaya
- Huraikan peranan bermaklumat pengurus [6] i) Sebagai pengawas -Pengurus peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi agar dapat mengumpul maklumat sama ada dari pihak dalam atau luar organisasi.
ii) Sebagai Penyampai - Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada para pekerja didalam organisasinya melalui kaedah seperti mesyuarat iii) Sebagai Jurucakap - Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada pihak di luar organisasi seperti mengadakan persidangan akhbar tentang prestasi kewangan syarikat kepada wakil media tempatan
Nyatakan empat peranan pembuatan keputusan seorang pengurus [4] Empat peranan pembuatan keputusan seorang pengurus ialah -Usahawan
- Pengawal gangguan
- Perunding
- Pengagih sumber
Huraikan tiga peranan pembuatan keputusan seorang pengurus [6] i) Sebagai usahawan -Pengurus berusaha untuk meningkatkan perniagaan dengan menggunakan idea-idea baru dan secara inovatif, kreatif dan kritis
ii) Sebagai pengawal gangguan -Pengurus berperanan sebagai menyelesaikan masalah dalam organisasi seperti menyelesaikan isu tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja
iii) Sebagai Pembahagi Sumber -Pengurus mengagihkan sumber organisasi seperti pekerja, wang, bahan mentah, peralatan, kepada jabatan tertentu mengikut keperluan keutamaan dan kepentingan tugas.
- Jelaskan pendekatan pemikiran pengurusan yang berikut: a. Pendekatan sains pengurusan [2] b. Pendekatan moden [2] a. Pendekatan sains pengurusan menekankan penggunaan matematik dan statistik dalam membantu pengurus membuat keputusan. Contoh teori ialah teori sains pengurusan dan teori pengurusan operasi
b. Pendekatan moden menekankan pendekatan inovatif dalam pengurusan organisasi. Contoh teori ialah teori sistem dan teori kontingensi
Nyatakan empat prinsip yang diperkenalkan oleh Henry Fayol [4] Empat prinsip yang diperkenalkan oleh Henry Fayol ialah
- Pembahagian kerja
- Autoriti
- Disiplin
- Ganjaran
Nyatakan empat prinsip pengurusan Frederick Taylor [4] Empat prinsip pengurusan Frederick Taylor ialah
- Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas
- Memilih dan melatih pekerja secara saintifik -Pembahagian tugas yang adil -Menitikberatkan kerjasama antara pengurus dengan pekerja demi mencapai matlamat organisasi.
Nyatakan empat prinsip pengurusan Max Weber [4] Empat prinsip pengurusan Max Weber ialah -Pembahagian dan pengkhususan kerja -Hierarki dan autoriti yang jelas
- Pengamalan peraturan dan prosedur -Tiada sifat pilih kasih.
A. Siapakah pelopor pendekatan pemikiran pengurusan moden? [1] B. Huraikan dua teori pendekatan pemikiran pengurusan moden [4]
a. Pelopor pendekatan pemikiran pengurusan moden ialah Tom Burns
b. Dua teori pendekatan pemikiran pengurusan moden ialah -Teori sistem. Teori ini menganggap organisasi sebagai satu sistem yang mengandaikan setiap bahagian dalam organisasi yang berlainan mempunyai hubungkait antara satu sama lain Teori kontingensi. Mengikut teori ini tiada satu pendekatan yang terbaik yang boleh digunakan untuk semua situasi dan pengurusan bergantung kepada faktor kontingensi organisasi iaitu Faktor persekitaran dalaman dan faktor luaran organisasi
- A. Siapakah pelopor pendekatan klasikal? [1] B. Huraikan dua teori pendekatan klasikal [4]
a. Pelopor pendekatan klasikal ialah Frederick Taylor
b. Dua teori pendekatan klasikal ialah -Teori pengurusan saintifik. Teori ini menekankan kajian saintifik untuk meningkatkan produktiviti kerja. -Teori pengurusan Pentadbiran. Teori ini menekankan kepada bagaimana pengurus mengurus organisasi secara menyeluruh.
- A. Siapakah pelopor pendekatan kemanusiaan? [1] B. Huraikan dua teori pendekatan kemanusiaan [4]
a. Pelopor pendekatan kemanusiaan ialah Abraham Maslow
b. Dua teori pendekatan kemanusiaan ialah
BAHAGIAN 2
- Huraikan tiga peringkat pengurusan [6] Tiga peringkat pengurusan ialah a. Peringkat pengurusan atasan -Pengurusan ini terlibat dalam perancangan strategic organisasi seperti ketua pegawai eksekutif
b. Peringkat pengurusan pertengahan -Merupakan pengurusan fungsian seperti pengurus pemasaran yang terlibat dalam perancangan taktikal
c. Peringkat pengurusan bawahan -Merupakan peringkat pengurusan yang bertanggungjawab kepada pengurus peringkat pertengahan seperti penyelia
- Encik Aiman merupakan pengurus besar Syarikat ABC Berhad. Tiga tahun yang lalu beliau teleh memegang jawatan sebagai pengurus pengeluaran. Encik Aiman telah menyertai syarikat ini sebagai penyelia pengeluaran pada tahun 2000. Jelaskan tiga peringkat pengurusan yang dilalui oleh Encik Aiman. [6]
Tiga peringkat pengurusan yang dilalui oleh Encik Aiman ialah
- Pengurusan Peringkat atasan. Encik Aiman ialah pengurus besar Syarikat ABC Berhad
- Pengurusan Peringkat pertengahan Aiman emegang jawatan sebagai pengurus pengeluaran -Pengurusan Peringkat bawahan. Encik Aiman telah menyertai syarikat ini sebagai penyelia pengeluaran pada tahun 2000.
Huraikan peranan setiap peringkat pengurusan dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi.[6] Peranan setiap peringkat pengurusan dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi ialah
- Pengurusan Peringkat atasan. Pengurusan ini terlibat dalam perancangan strategik serta perlu peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi
- Pengurusan Peringkat pertengahan. Pengurusan ini bertanggungjawab kepada fungsi masing-masing seperti pemasaran dan kewangan
- Pengurusan Peringkat bawahan. Pengurusan ini melaksanakan segala perancangan yang ditetapkan pengurusan peringkat pertengahan
Jelaskan dua peringkat pengurusan [6] Dua peringkat pengurusan ialah
- Peringkat atasan. Pengurusan ini terlibat dalam perancangan strategik serta perlu peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi, Contohnya ketua pegawai eksekutif syarikat pengeluaran perabot
- Peringkat pertengahan. Pengurusan ini bertanggungjawab kepada fungsi masing masing seperti pemasaran dan kewangan. Contohnya pengurus sumber manusia syarikat pengeluaran perabot
A. Berikan maksud kemahiran pengurusan [1] B. Nyatakan tiga kepentingan kemahiran pengurusan [3]
kemahiran pengurusan bermaksud kepada keupayaan pengurus menterjemahkan pengetahuan kepadatindakan yang boleh menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki. Tiga kepentingan ialah
-membolehkan pengurus mengurus organisasi dengan cekap dan berkesan -membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat -membolehkan pengurus menguruskan masa dengan cekap dan berkesan
aktiviti kerja. Contohnya seorang pengurus cawangan bank mampu mengatur dan melaksanakan kerja mengikut keutamaan agar tiada pembaziran masa
Huraikan kemahiran konseptual yang dimiliki oleh seorang pengurus [4] Kemahiran konseptual ialah -Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhannya, hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat. -Kemahiran ini membolehkan pengurus melihat perkaitan antara syarikat dengan persekitaran seperti pelanggan, pesaing, pembekal, kerajaan dan sebagainya. -Keupayaan menyelesaikan masalah organisasi, melihat peluang serta ancaman dari persekitaran luaran. -Pengurus dapat mencari, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk mewujudkan rancangan jangka masa panjang atau rancangan strategik yang akan menentukan arah perjalanan atau halatuju organisasi.
Jelaskan dua kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh seorang penyelia kilang kasut [6] Dua kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh seorang penyelia kilang kasut ialah a. Kemahiran teknikal. Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan. Contohnya penyelia kilang kasut mampu mengendalikan dan menyelenggara mesin penjahit kasut yang digunakan dalam kilang kasut
b. Kemahiran pengurusan masa. Kemahiran ini merujuk kepada penggunaan masa oleh penyelia secara cekap dan berkesan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kerja. Contohnya penyelia kilang kasut mampu mengatur dan melaksanakan kerja mengikut keutamaan agar tiada pembaziran masa
- Jelaskan dua kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh seorang ketua pengarah hospital swasta [6] Dua kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh seorang ketua pengarah hospital swasta ialah a. Kemahiran konseptual. Kemahiran konseptual keupayaan ketua pengarah melihat organisasi secara keseluruhannya serta hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat. Kemahiran ini membolehkan ketua pengarah melihat perkaitan antara hospital swasta dengan persekitaran seperti pelanggan, pesaing, pembekal, kerajaan dan sebagainya. Contohnya ketua pengarah hospital swasta dapat mencari, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk mewujudkan rancangan strategik yang akan menentukan arah perjalanan atau halatuju hospital swasta
b. Kemahiran pembuatan keputusan. Kemahiran ketua pengarah hospital swasta memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.. Contohnya ketua pengarah hospital swasta terlibat dalam membuat keputusan yang besar berhubung dengan perancangan strategik organisasi.
- Huraikan kemahiran X,Y dan Z [6] -X ialah kemahiran pengurusan masa. Kemahiran ini merujuk kepada penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kerja -Y ialah kemahiran kemanusiaan. keupayaan seseorang pengurus bekerja secara efektif dengan orang lain. Kemahiran ini juga membolehkan pengurus mengarah, berkomunikasi dan memotivasi pekerja. -Z ialah kemahiran teknikal Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan
Kemahiran pengurusan
Pembuatan Y Z keputusan
Konseptual X
- Jelaskan dua jenis perancangan ikut kegunaan [6] Dua jenis perancangan ikut kegunaan ialah a. Rancangan Tetap. la merupakan rancangan yang dapat digunakan berulang kali. Contohnya seperti dasar organisasi
b. Rancangan sekali guna. Ia merupakan rancangan yang hanya digunakan sekali sahaja atau digunakan mengikut jangkamasa tertentu Contohnya seperti belanjawan.
- Huraikan tiga jenis perancangan ikut peringkat [6] Tiga jenis perancangan ikut peringkat ialah a. Rancangan strategik. Ia merupakan rancangan jangka panjang dan disediakan oleh pengurusan peringkat atasan.
b. Rancangan taktikal. Ia merupakan rancangan jangka masa sederhana yang disediakan oleh pengurusan peringkat pertengahan
c. Rancangan operasi merupakan rancangan jangka masa pendek yang disediakan oleh pengurusan peringkat bawahan
Huraikan tiga jenis perancangan ikut jangka masa [6] a. Rancangan jangka masa pendek. Ia merupakan rancangan operasi yang melibatkan jangkamasa masa kurang dari satu tahun. b. Rancangan jangka masa sederhana. la merupakan rancangan taktikal yang melibatkan jangkamasa antara 1 hingga 3 tahun c. Rancangan jangka masa panjang. ia merupakan rancangan strategik yang melibatkan jangkamasa 3 hungga 5 tahun
Huraikan dua perbezaan antara rancangan strategik dengan rancangan taktikal [4]
Aspek Rancangan sekali guna Rancangan taktikal Kegunaaan Rancangan ini digunakan sekali sahaja atau untuk jangka masa tertentu
Disediakan oleh pengurusan peringkat bawahan Contoh Belanjawan Melibatkan tempoh masa 1 hingga 3 tahun
- Jelaskan dua perbezaan antara rancangan sekali guna dengan rancangan tetap dari aspek kegunaan dan contoh [4]
Aspek Rancangan sekali guna Rancangan tetap Kegunaan Rancangan ini digunakan sekali sahaja attau untuk jangka masa tertentu
Rancangan ini digunakan secara berulang kali
Contoh Belanjawan Dasar orgsanisasi
Senaraikan proses perancangan [5] Proses perancangan terdiri daripada a. menentukan matlamat dan objektif b. menganalisis persekitaran perniagaan c. membentuk alternatif tindakan d. menilai alternatif e. memilih alternatif tindakan
Huraikan tiga langkah pertama dalam proses perancangan [6] Tiga langkah pertama dalam proses perancangan ialah a. Menetapkan Matlamat dan objektif. -Pengurus peringkat atasan akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa panjang yang menjadi panduan kepada pengurusan pertengahan dan bawahan membentuk objektif dan strategi bahagian masing-masing.
b. Menganalisis Persekitaran Perniagaan.
Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif yang telah dikenalpasti serta menentukan potensi kejayaan setiap alternatif perancangan tersebut. ‘ 13. Nyatakan empat unsur perancangan strategik [4] Empat unsur dalam perancangan strategik ialah -Visi -Misi -objektif -strategi dan taktik
Nyatakan empat ciri objektif yang baik. (4) Empat ciri objektif yang baik ialah -spesifik -boleh diukur -boleh dicapai -ada tempoh masa
Huraikan visi, misi dan objektif dalam perancangan strategik sesebuah organisasi [6] Visi -Visi merupakan wawasan yang diharapkan untuk dicapai pada masa hadapan. la juga merujuk kepada arah tuju atau matlamat jangka panjang yang akan dicapai pada masa hadapan
Misi -Misi merujuk kepada tujuan atau sesebuah organisasi ditubuhkan. -Misi dinyatakan dalam bentuk umum dan menjelaskan aspek seperti skop operasi dan produk yang ditawarkan di pasaran oleh sesebuah syarikat.
Objektif -Objektif merujuk kepada sasaran atau hasil akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam jangkamasa tertentu yang ditetapkan
-Objektif yang ditetapkan mestilah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai serta ada tempoh masa
Jelaskan strategi dan taktik sebagai unsur perancangan sebuah syarikat pakaian sukan [6] -Strategi untuk syarikat pakaian sukan merupakan satu rancangan umum yang komprehensif menunjukkan bagaimana sumber diperoleh dan digunakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan untuk mencapai sasaran jualan pakaian sebanyak RM juta, strategi ialah meningkatkan kesetiaan pelanggan -Taktik adalah pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila dan di mana sesuatu strategi itu akan dilaksanakan. Taktik mempunyai skop yang sempit dan tempoh yang lebih pendek berbanding strategi. Contohnya untuk mencapai strategi meningkatkan kesetiaan pelanggan taktik yang digunakan ialah melancarkan kad loyalti pelanggan
Jelaskan dasar, prosedur, dan standard sebagai unsur perancangan strategik sebuah pasar raya. (6) -Dasar adalah pernyataan asas syarikat yang menjadi panduan kepada pengurus dalam membuat keputusan menjurus kearah pencapaian matlamat organisasi. Contohnya pasar raya mengamalkan dasar pengambilan pekerja tanpa diskriminasi kaum, agama atau jantina. -Prosedur merujuk kepada langkah-langkah yang disusun secara sistematik mengikut urutan sebagai panduan dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat tertentu. Contohnya penyelia stor pasar raya mesti menggunakan prosedur lima langkah yang ditetapkan apabila menerima stok baharu daripada pembekal -Standard ialah ukuran piawaian yang ditetapkan dan boleh digunakan untuk membuat perbandingan dengan pencapaian semasa. Contohnya pasar raya mempunyai standard kualiti makanan dingin beku yang dihasilkan yang akan digunakan dalam semua cawangan pasar raya
Strength X
Y Threats
PP BUKU NOTA Cikgu Karthik
Course: Economic (944)
University: Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra
- Discover more from: