- Information
- AI Chat
3132023-BUKU- Panduan- Latihan- Industri Pembetulan Selepas Senat JKPU
Music (A2112)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Preview text
BUKU GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA BUKU GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
3 Tanggungjawab Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI)
Dr Noor Hidayah binti Azmi Pusat Latihan Mengajar dan Latihan Industri
ChM. Dr. Mohamad Idris bin Saidin Fakulti Sains Dan Matematik
Dr. Rawdah Adawiyah binti Tarmizi Fakulti Sains Dan Matematik
Dr bin Ramly Fakulti Sains Dan Matematik
Dr. Raja Lailatul Zuraida binti Raja Ma'amor Shah Fakulti Sains Dan Matematik
Dr. Anuar bin Sarun Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
Dr. Zuriadah binti Ismail Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
Dr. Asmawi bin Hashim Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
Dr. Ahmad Zakirullah bin Mohamed Shaarani Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
En. Ahmad bin Mahmood Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
Ts. Salman Firdaus bin Sidek Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Dr. Mad Helmi bin Ab. Majid Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Dr. Mohd Fauzi bin Harun Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Dr Catherina Anak Ugap Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Dr. Nor Shuradi bin Haji NorHashim Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan
Dr. Haneem binti Said Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan
Encik Suflan Faidzal bin Arshad Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan
Dr. Mohansundar Sankaravel Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan
Dr Fadilah binti Kassim Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan
Pn Mirza Azny binti Mustafa Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan
Dr. Ibrahim Youssef Abdelhamid Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Dr. Foo Ai Peng Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Dr. Khairul Azam bin Bahari Fakulti Bahasa dan Komunikasi
En. Muhamad Lothfi bin Zamri Fakulti Bahasa dan Komunikasi
En Khairul Ghufran bin Kaspin Fakulti Sains Kemanusiaan
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
- 1 PENGENALAN
- 2 OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN
- 2 Objektif Latihan Industri
- 2 Hasil Pembelajaran Latihan Industri
- 3 PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI................................................................................
- 3 Tanggungjawab Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI)
- 3 Tanggungjawab Penyelaras Latihan Industri
- 3 Tanggungjawab Penyelia Akademik
- 3 Tanggungjawab Penyelia Industri..........................................................................................................
- 4 TANGGUNGJAWAB, SKOP DAN ETIKA PELAJAR
- 4 Tanggungjawab Pelajar
- 4 Skop Tugasan Pelajar...................................................................................................................................
- 4 Tatatertib Semasa Menjalani Latihan Industri
- 5 SYARAT LATIHAN INDUSTRI
- 5 Syarat Kelayakan Mendaftar LI
- 5 Pendaftaran Kursus dan Penempatan Latihan Industri................................................................
- 5 Tempoh dan Jam Kredit Latihan Industri
- 5 Syarat Lulus Latihan Industri
- 6 PERATURAN LATIHAN INDUSTRI
- 6 Taklimat Latihan Industri
- 6 Penempatan di Organisasi
- 6 Melapor Diri di Organisasi......................................................................................................................
- 6 Kehadiran
- 6 Waktu Latihan Industri............................................................................................................................
- 6 Imbuhan atau Elaun
SENARAI JADUAL MUKA SURAT
Jadual 1 Tempoh dan Jam Kredit Mengikut Program 7
Jadual 2 Gred Lulus Latihan Industri 9
Jadual 3 Penempatan Latihan Industri 10
Jadual 4 Jumlah Cuti Sakit Mengikut Tempoh Latihan Industri 12
Jadual 5 Ringkasan Proses Sebelum Menjalani Latihan Industri 17
Jadual 6 Ringkasan Proses Semasa Menjalani Latihan Industri 18
Jadual 7 Ringkasan Proses Selepas Menjalani Latihan Industri 19
Jadual 8 Jumlah dan Kaedah Penyeliaan Mengikut Tempoh Latihan Industri 20
Jadual 9 Item Penilaian, Penilai dan Peratusan Markah 21
SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT
Lampiran A: Surat/Borang Latihan Industri
Lampiran A1 Contoh Resume 23
Lampiran A 2 Contoh Surat Jaminan Insuran 24
Lampiran A 3 Surat Permohonan Penempatan Latihan Industri 25
Lampiran A 4 Borang Penerimaan Penempatan Latihan Industri 26
Lampiran A 5 Surat Pengesahan Penempatan Latihan Industri 29
Lampiran A 6 Borang Lapor Diri 30
Lampiran A 7 Borang Permohonan Penambahan Masa Latihan
Industri
32
Lampiran A 8 Borang Permohonan Penangguhan Latihan Industri 35
Lampiran B: Penulisan Laporan
Lampiran B 1 Buku Log 39
Lampiran B2 Panduan Format Penulisan Laporan Akhir 42
Lampiran C: Penilaian Latihan Industri
Lampiran C1 Borang Penilaian Penyelia Industri 45
Lampiran C2 Borang Penilaian Penyelia Akademik 46
Lampiran C3 Borang Penilaian Keseluruhan Latihan Industri 47
1 PENGENALAN
Garis Panduan Latihan Industri ini disediakan oleh Pusat Latihan Mengajar dan Latihan
Industri (PuLaMI) bagi memberi panduan tentang pelaksanaan kursus Latihan Industri
(LI) yang dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Garis panduan ini
bertujuan memudahkan Penyelaras LI, Penyelia Akademik, Penyelia Industri dan para
pelajar untuk memahami peranan masing-masing dalam pelaksanaan LI. Selain itu, buku
ini menerangkan tentang syarat, peraturan, pelaksanaan, kaedah penyeliaan dan
penilaian. Semua akta-akta, surat pekeliling, surat siaran, arahan serta peraturan
berkaitan yang sedang berkuatkuasa perlu dibaca bersama garis panduan ini.
Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi telah menetapkan LI sebagai salah satu
kursus wajib diikuti oleh setiap pelajar yang menjalani pengajian di peringkat
prasiswazah dan pascasiswazah. Pelajar wajib lulus kursus LI bagi memenuhi syarat
penganugerahan di peringkat Diploma/ISM/ISMP dan Sarjana.
2 OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN
Objektif dan hasil pembelajaran LI adalah seperti berikut:
2 Objektif Latihan Industri
2.1 Mempraktikkan pengetahuan akademik di universiti ke dalam alam
pekerjaan sebenar.
2.1 Meningkatkan kemahiran yang telah dipelajari dalam perlaksanaan
tugasan yang diberikan.
2.1 Mempamerkan komunikasi yang berkesan secara menyeluruh di pelbagai
peringkat.
2.1 Mengamalkan etika profesional dalam bidang masing-masing.
2 Hasil Pembelajaran Latihan Industri
2.2 Menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari di universiti dengan
pengalaman di tempat kerja.
2.2 Memperolehi pengalaman dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk
memilih pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian.
3.2 Menetapkan Penyelia Akademik bagi setiap pelajar.
3.2 Merekodkan Borang Lapor Diri pelajar.
3.2 Memberi nasihat berkaitan dengan permasalahan LI.
3.2 Memantau proses kemasukkan markah dan menyelaras markah / gred
pelajar LI di peringkat Fakulti.
3 Tanggungjawab Penyelia Akademik
3.3 Melakukan bimbingan, lawatan dan penyeliaan kepada pelajar yang
menjalani LI.
3.3 Menilai pembentangan LI pelajar menggunakan Borang Penilaian
Penyelia Akademik.
3.3 Menerima laporan akhir pelajar dan membuat penilaian menggunakan
Borang Penilaian Penyelia Akademik.
3.3 Mendapatkan Buku Log dari pelajar dan membuat penilaian
menggunakan Borang Penilaian Penyelia Akademik.
3.3 Mendapatkan markah bagi Borang Penilaian Penyelia Industri dari pihak
Industri.
3.3 Merekodkan markah LI pelajar di dalam sistem UniSIS.
3 Tanggungjawab Penyelia Industri..........................................................................................................
3.4 Menyelia tugas-tugas pelajar semasa menjalani LI.
3.4 Mengesahkan Buku Log pelajar secara berkala.
3.4 Menilai prestasi kerja pelajar menggunakan Borang Penilaian Penyelia
Industri.
3.4 Menilai pembentangan LI pelajar menggunakan Borang Penilaian
Penyelia Industri.
3.4 Menilai etika profesionalisma pelajar menggunakan Borang Penilaian
Penyelia Industri.
3.4 Melaporkan kepada Penyelia Akademik berkenaan prestasi pelajar.
4 TANGGUNGJAWAB, SKOP DAN ETIKA PELAJAR
Semasa menjalani LI, pelajar adalah tertakluk kepada peraturan Universiti serta
peraturan Organisasi di mana pelajar ditempatkan.
4 Tanggungjawab Pelajar
4.1 Pelajar wajib melapor diri di organisasi penempatan pada hari dan masa
yang ditetapkan seperti dalam surat tawaran.
4.1 Pelajar mestilah mematuhi dasar, peraturan dan arahan yang telah
ditetapkan oleh organisasi dan UPSI.
4.1 Semasa menjalani kursus LI, pelajar perlu menjaga nama baik UPSI dan
majikan.
4.1 Pelajar dikehendaki menghubungi dan berbincang dengan Penyelia
Akademik terlebih dahulu sekiranya berlaku sebarang masalah di tempat
LI.
4.1 Pelajar tidak dibenarkan bertukar organisasi penempatan tanpa
kebenaran fakulti kecuali atas sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan
dan ia tertakluk kepada kelulusan pihak PuLaMI.
4.1 Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang
dilarang oleh pihak UPSI dan organisasi penempatan.
4.1 Pelajar perlu memastikan semua borang berkaitan diisi dan diserahkan
kepada pihak berkenaan.
4.1 Pelajar wajib menghantar Laporan Akhir dan Buku Log selewat-lewatnya
seminggu selepas tamat LI.
4.1 Pelajar bertanggungjawab untuk memenuhi syarat-syarat LI seperti
dalam garis panduan, sekiranya gagal berbuat demikian tindakan
tatatertib akan diambil.
4 Skop Tugasan Pelajar...................................................................................................................................
4.2 Skop tugas harus memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam
bidang pengkhususan masing-masing.
5 SYARAT LATIHAN INDUSTRI
5 Syarat Kelayakan Mendaftar LI
5.1 Pelajar telah menyelesaikan semua kursus yang diwajibkan berdasarkan
kepada struktur program pengajian masing-masing (tertakluk kepada
kelulusan Dekan Fakulti).
5.1 Pelajar sihat dari segi fizikal dan mental.
5 Pendaftaran Kursus dan Penempatan Latihan Industri................................................................
Pelajar perlu melakukan pra-pendaftaran kursus dan pendaftaran penempatan
sebelum menjalani LI.
5.2 Pra-Pendaftaran Kursus
• Pelajar perlu membuat pra-pendaftaran kursus LI melalui sistem
UniSIS pada minggu ke-11 dalam satu (1) semester sebelum LI
bermula.
• Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lain-lain kursus ketika menjalani
LI.
• Kegagalan membuat pra-pendaftaran kursus LI akan menyebabkan
kegagalan pendaftaran penempatan LI.
5.2 Pendaftaran Penempatan
• Pelajar wajib membuat pendaftaran penempatan melalui sistem
UniSIS selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum melapor diri di
industri.
• Kegagalan membuat pendaftaran penempatan akan menyebabkan
masalah bagi penyeliaan dan penilaian LI.
5 Tempoh dan Jam Kredit Latihan Industri
LI dilaksanakan dalam jangka masa mengikut ketetapan Fakulti:
5.3 Tempoh LI bergantung kepada struktur program pengajian masing-
masing seperti dalam Jadual 1.
5.3 Tempoh LI bagi program pengajian di UPSI adalah dalam julat 8- 24
minggu.
5.3 Pengiraan jam kredit adalah mengikut garis panduan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu 1 jam kredit bersamaan dengan dua ( 2 ) minggu
LI.
5.3 Pelajar perlu mematuhi takwim yang ditetapkan oleh PuLaMI dari masa
ke semasa.
Jadual 1: Tempoh dan Jam Kredit Mengikut Program Fakulti Kod Program Program Diploma Kod Kursus Jam Kredit Tempoh Fakulti Pengurusan dan Ekonomi A2212 Diploma Keusahawanan PPI1078 8 16 minggu Fakulti Sains dan Matematik A2000 Diploma Sains SUL 6 12 minggu A2003 Diploma Makmal Teknologi 6 12 minggu A2002 Diploma Sains (Matematik) 6 12 minggu Fakulti Muzik dan Seni Persembahan A2112 Diploma Muzik AMI1336 6 12 minggu A2125 Diploma Tari APP 6 12 minggu A2126 Diploma Teater 6 12 minggu Fakulti Bahasa dan Komunikasi A2150 Diploma Bahasa Inggeris BIK1136 6 12 minggu Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan A2039 Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan QLI1016 6 12 minggu Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi A2160 Diploma Reka Bentuk Permainan MLI 4 8 minggu A2813 Diploma Sains Komputer 4 8 minggu Fakulti ProgramKod Program Ijazah Sarjana Muda Kod Kursus KreditJam Tempoh Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif AC33 ISM Reka Bentuk (Permainan Digital) MLI 12 24 minggu AH ISM Reka Bentuk (Pengiklanan) 12 24 minggu AH17 ISM Reka Bentuk (Animasi) 12 24 minggu Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi AC ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) MLI30112 12 24 minggu Fakulti Bahasa dan Komunikasi AB ISM Komunikasi (Komunikasi Sosial) BKC31212 12 24 minggu Fakulti Pengurusan dan Ekonomi AE02 ISM Perakaunan PAI40112 12 24 minggu AE ISM Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) PBI 8 16 minggu AE ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) 8 16 minggu AE07 ISM Ekonomi (Kewangan) PEK 6 12 minggu AE23 ISM Ekonomi (Kewangan Islam) 6 12 minggu
Jadual 2 : Gred Lulus Latihan Industri Markah Gred Nilai Gred 80 - 100 A 4. Lulus LI 75 - 79 A- 3. 70 - 74 B+ 3. 65 - 69 B 3. 60 - 64 B- 2. 55 - 59 C+ 2. 50 - 54 C 2. Gagal LI 45 - 49 C- 1. 40 - 44 D+ 1. 35 - 39 D 1. 0 - 35 F 0.
5.4 Pelajar yang memperoleh gred gagal, iaitu gred C dan ke bawah hanya
dibenarkan mengulang sebanyak satu (1) kali sahaja.
5.4 Pelajar yang masih memperoleh gred C dan ke bawah sebanyak dua (2)
kali akan diberhentikan (DB) (Rujuk Perkara 14.4 Kaedah Universiti
Pendidikan Sultan Idris).
6 PERATURAN LATIHAN INDUSTRI
6 Taklimat Latihan Industri
6.1 Pelajar dikehendaki menghadiri taklimat LI yang akan diadakan oleh
pihak PuLaMI dan Fakulti.
6.1 Taklimat ini adalah untuk memberi panduan kepada pelajar mengenai
etika, peraturan, tindakan disiplin dan tatatertib semasa menjalani LI.
6 Penempatan di Organisasi
6.2 Penempatan pelajar menjalani LI meliputi organisasi yang berada di:
• Dalam negara
• Luar negara
6.2 Penempatan LI terdiri dari daripada sektor:
• Sektor Swasta: Keutamaan perlu diberikan kepada sektor swasta
contohnya seperti Syarikat Berhad (Multinasional), Syarikat Berhad
(Tempatan), Syarikat Sdn Bhd dan setara dengannya.
• Sektor Awam: Meliputi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan
badan Berkanun.
6.2 Pemilihan penempatan LI adalah berdasarkan kriteria berikut:
• Penetapan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali ke 123
Bil 3/2019 bertarikh 15 Mei 2019 (Rujuk Garis Panduan Perbelanjaan
Secara Berhemah UPSI) seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Penempatan Latihan Industri Zon Negeri Utara sehingga Pulau Pinang Timur sehingga Pahang Selatan sehingga Melaka
• Potensi penempatan: Terdiri daripada negeri yang mempunyai
bandar-bandar besar yang menawarkan peluang latihan yang tinggi
seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP
Putrajaya, dan Johor.
• Kesesuaian bidang : Bersesuaian dengan bidang pengajian mengikut
keperluan program masing-masing. Jika penempatan tersebut berada
di luar had sempadan negeri yang ditetapkan, penyelaras LI perlu
mendapatkan kelulusan dari pihak PulaMI.
• Walaubagaimanapun, ketetapan negeri yang dibenarkan menjalani LI
juga tertakluk kepada hebahan semasa.
6.2 Pelajar tidak dibenarkan menjalani LI di organisasi berikut:
• Sekolah: Pelajar tidak dibenarkan menjalani LI di sekolah harian
kecuali di sekolah seni dan sukan beserta kelulusan dari PuLaMI.
• Mempunyai Pertalian keluarga: Pelajar tidak dibenarkan menjalani LI
di organisasi yang mempunyai pertalian keluarga dan individu yang
berkepentingan seperti pemegang saham, syarikat milik keluarga dan
setara dengannya.
6.6 Pelajar boleh menggunakan biasiswa yang diperuntukkan untuk semester
tersebut bagi menampung biaya sepanjang tempoh menjalani LI.
6.6 Pihak industri digalakkan untuk memberi elaun kepada pelajar mengikut
kadar yang sesuai dengan organisasi mereka.
6.6 Namun, imbuhan adalah tertakluk kepada industri. Pelajar tidak
dibenarkan meminta sebarang imbuhan, elaun atau upah kecuali
merupakan pemberian dari organisasi.
6 Cuti
Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani LI kecuali dengan
kelulusan organisasi dan PuLaMI.
6.7 Cuti Rehat
Tiada peruntukan bagi Cuti Rehat bagi pelajar yang sedang menjalani LI.
6.7 Cuti Peristiwa
Cuti Peristiwa (contoh: cuti tambahan sempena cuti perayaan) yang
diberikan oleh pihak organisasi tidak perlu diganti kecuali diminta
berbuat demikian oleh pihak majikan.
6.7 Cuti Sakit
Pelajar diberi kemudahan Cuti Sakit. Bilangan hari yang diperuntukkan
bagi cuti sakit adalah seperti yang dipaparkan di Jadual 4.
Jadual 4 : Jumlah Cuti Sakit Mengikut Tempoh Latihan Industri Tempoh LI Cuti Sakit 8 minggu 4 hari 10 minggu 5 hari 12 minggu 5 hari 16 minggu 6 hari 24 minggu 6 hari
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir kerana sakit, pelajar dikehendaki
mengambil tindakan berikut:
• Menghubungi pihak majikan dan Penyelia Akademik dengan segera.
• Menyerahkan Surat Cuti Sakit yang diperolehi daripada
hospital/klinik kerajaan/klinik panel kepada pihak majikan.
• Merekod hari cuti di dalam Buku Log dan melampirkan salinan Surat
Cuti Sakit pada ruangan berkenaan.
6 Insuran
6.8 Semua pelajar yang menjalani LI diberikan manfaat perlindungan insuran
sehingga tamat tempoh pengajian.
6.8 Sebarang urusan berkaitan insuran perlu merujuk kepada Bahagian
Perkhidmatan Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Ehwal Pelajar dan Alumni,
UPSI. [Talian Hotline: 0195719977 / E-mel: skpp@upsi.edu].
6.8 Pelajar yang menjalani LI di luar negara perlu mendapatkan insurans
tambahan yang dibiaya oleh pelajar sendiri.
6.8 Jika berlaku kemalangan semasa LI, pelajar atau wakil pelajar
dikehendaki memaklumkan kepada Penyelaras LI.
7 KES-KES LATIHAN INDUSTRI
7 Ketiadaan Penempatan
7.1 Pelajar yang tidak mendapat penempatan setelah melebihi 20% dari
tempoh mula LI perlu memohon penangguhan.
7 Masalah Lapor Diri
7.2 Sekiranya pihak organisasi memerlukan pelajar hadir lebih awal dari
tarikh yang ditetapkan, pihak organisasi hendaklah memaklumkan secara
bertulis kepada penyelaras LI.
7.2 Jika pelajar tidak dapat melapor diri pada tarikh yang ditetapkan, pelajar
hendaklah memaklumkan kepada Majikan dan Penyelaras LI program
masing-masing secara bertulis dengan kadar segera.
7.2 Pelajar diminta untuk menggantikan hari ketidakhadiran tersebut
bergantung kepada budi bicara majikan.
3132023-BUKU- Panduan- Latihan- Industri Pembetulan Selepas Senat JKPU
Course: Music (A2112)
University: Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Discover more from: