Skip to document

5.0 dgn 6 - marketing mix 4ps for Golden Screen Cinema

marketing mix 4ps for Golden Screen Cinema
Course

Computer and Network Security (ECC4703)

68 Documents
Students shared 68 documents in this course
Academic year: 2018/2019
Uploaded by:
Anonymous Student
This document has been uploaded by a student, just like you, who decided to remain anonymous.
Universiti Putra Malaysia

Comments

Please sign in or register to post comments.

Preview text

5 CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Oleh itu, isu LGBTQ+ semakin berleluasa di negara ini. Isu ini semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda. Kewujudan golongan LGBTQ+ ini telah menyebabkan kerisauan ramai pihak kerana perbuatan ini jelas sekali telah melanggar fitrah kejadian manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Anas RA bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila umatku menghalalkan lima perkara, maka kehancuranlah ke atas mereka; apabila terzahir laknat-melaknat, meminum arak, memakai sutera (bagi lelaki), mengambil penyanyi wanita, lelaki menjadi gay dan wanita menjadi lesbian.” Maka, terdapat beberapa cadangan dan penyelesaian yang diambil kira bagi mengatasi isu ini.

Pertama sekali, ibu bapa dan pendidik harus mendidik anak-anak berkenaan tentang seks dan mereka juga perlu didedahkan dengan cara rawatan yang sesuai dengan naluri mereka sebagai wanita atau lelaki. Ini kerana anak-anak harus dididik dan didedahkan tentang perkara sebegini agar mereka sedar hakikat sebenar manusia dan tidak semudah itu untuk terpengaruh dengan budaya LGBTQ+ ini. Oleh itu, jika anak-anak tidak diberi pendedahan yang betul, maka minda mereka akan lebih mudah dirosakkan oleh persepsi palsu tentang LGBTQ+ dan akhirnya mereka akan turut terlibat dalam kancah fenomena sosial ini.

Selain itu, masyarakat perlu memberikan sokongan moral melalui pendekatan berdampingan dan menjelaskan mengapa mereka memilih untuk hidup begitu. Ini dikatakan kerana pendekatan yang lebih halus boleh menarik minat golongan LGBTQ+ ini untuk menceritakan kisah hidup mereka dan kenapa mereka memilih jalan ini kerana jika masyarakat menggunakan pendekatan kasar seperti mengejek, menghina dan mengutuk, cara ini akan menyebabkan golongan ini berpindah. jauh daripada masyarakat dan lebih sukar untuk didekati. Sebagai contoh, Mohd Khairiri Mohamad Ramli atau nama panggilannya Cikgu Erin, yang pernah menjadi Mak Nyah berkata golongan ini perlu didekati secara berhemah. Beliau menggunakan pendekatan santai dan tidak memaksa mereka melakukan ibadah sebaliknya menggunakan pendekatan dengan kaedah kasih sayang.

Akhirnya, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan LGBTQ+ ini di bawah undang-undang jenayah syariah. Dikatakan begitu kerana kewujudan golongan yang melanggar fitrah manusia ini juga menyalahi syariah dan wajar dihukum di bawah undang-undang jenayah syariah. Jadi, sekiranya golongan ini dibiarkan berkembang dan berleluasa, ini akan menyebabkan lebih ramai orang mengubah persepsi mereka terhadap

golongan ini dan menerima golongan ini dengan tangan terbuka sebagai masyarakat yang layak berada dalam masyarakat. Oleh sebab itu, antara tindakan yang boleh diambil terhadap golongan LGBTQ+ adalah seperti menyekat atau menghentikan segala aktiviti kumpulan ini atau aktiviti yang bertujuan untuk mempromosikan golongan ini kepada masyarakat khususnya golongan belia yang mudah terpengaruh.

Justeru, isu LGBTQ+ ini amat penting dan perlu diberi perhatian oleh seluruh masyarakat. Ini kerana isu ini tidak boleh diketepikan dan dibiarkan terlalu lama kerana isu ini melibatkan seluruh masyarakat dan perlu dicegah sebaik mungkin. Menurut Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor yang merupakan Mufti Pulau Pinang, beliau berkata semua manusia yang waras dan normal sedar dan sedar tentang keburukan hidup dalam budaya songsang ini yang memberi kesan besar kepada keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.

ibu bapa, sokongan moral daripada masyarakat dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap LGBTQ+ ini.

Oleh itu, kita sebagai masyarakat hendaklah mengambil berat berkaitan isu ini supaya isu ini dapat dibendung dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana semua agama inginkan keharmonian antara pengikut mereka dan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan juga negara. Dalam kajian ini, kami berharap agar semua orang mengambil iktibar berkaitan dengan isu kewujudan komuniti LGBTQ+ ini dan tidak memandang ringan tentang perkara ini. Jelaslah bahawa, setiap agama masing-masing sangat mementingkan aspek kesucian dalam agama masing-masing. Kita sebagai manusia hendaklah patuh kepada agama supaya tidak melanggar fitrah kita sebagai manusia. Kita juga perlu bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Tuhan dan tidak mengubah bentuk fizikal yang kita inginkan.

Akhir sekali, kita juga hendaklah menjaga keharmonian agama masing-masing kerana keharmonian agama ini juga melambangkan negra yang harmoni walaupun terdapat pelbagai agama di negara ini.

Was this document helpful?

5.0 dgn 6 - marketing mix 4ps for Golden Screen Cinema

Course: Computer and Network Security (ECC4703)

68 Documents
Students shared 68 documents in this course
Was this document helpful?
5.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN
Oleh itu, isu LGBTQ+ semakin berleluasa di negara ini. Isu ini semakin menular dalam
kalangan masyarakat terutamanya golongan muda. Kewujudan golongan LGBTQ+ ini telah
menyebabkan kerisauan ramai pihak kerana perbuatan ini jelas sekali telah melanggar fitrah
kejadian manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Anas RA bahawa Baginda SAW
bersabda yang bermaksud, “Apabila umatku menghalalkan lima perkara, maka
kehancuranlah ke atas mereka; apabila terzahir laknat-melaknat, meminum arak, memakai
sutera (bagi lelaki), mengambil penyanyi wanita, lelaki menjadi gay dan wanita menjadi
lesbian.” Maka, terdapat beberapa cadangan dan penyelesaian yang diambil kira bagi
mengatasi isu ini.
Pertama sekali, ibu bapa dan pendidik harus mendidik anak-anak berkenaan tentang seks
dan mereka juga perlu didedahkan dengan cara rawatan yang sesuai dengan naluri mereka
sebagai wanita atau lelaki. Ini kerana anak-anak harus dididik dan didedahkan tentang
perkara sebegini agar mereka sedar hakikat sebenar manusia dan tidak semudah itu untuk
terpengaruh dengan budaya LGBTQ+ ini. Oleh itu, jika anak-anak tidak diberi pendedahan
yang betul, maka minda mereka akan lebih mudah dirosakkan oleh persepsi palsu tentang
LGBTQ+ dan akhirnya mereka akan turut terlibat dalam kancah fenomena sosial ini.
Selain itu, masyarakat perlu memberikan sokongan moral melalui pendekatan
berdampingan dan menjelaskan mengapa mereka memilih untuk hidup begitu. Ini dikatakan
kerana pendekatan yang lebih halus boleh menarik minat golongan LGBTQ+ ini untuk
menceritakan kisah hidup mereka dan kenapa mereka memilih jalan ini kerana jika
masyarakat menggunakan pendekatan kasar seperti mengejek, menghina dan mengutuk, cara
ini akan menyebabkan golongan ini berpindah. jauh daripada masyarakat dan lebih sukar
untuk didekati. Sebagai contoh, Mohd Khairiri Mohamad Ramli atau nama panggilannya
Cikgu Erin, yang pernah menjadi Mak Nyah berkata golongan ini perlu didekati secara
berhemah. Beliau menggunakan pendekatan santai dan tidak memaksa mereka melakukan
ibadah sebaliknya menggunakan pendekatan dengan kaedah kasih sayang.
Akhirnya, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan
LGBTQ+ ini di bawah undang-undang jenayah syariah. Dikatakan begitu kerana kewujudan
golongan yang melanggar fitrah manusia ini juga menyalahi syariah dan wajar dihukum di
bawah undang-undang jenayah syariah. Jadi, sekiranya golongan ini dibiarkan berkembang
dan berleluasa, ini akan menyebabkan lebih ramai orang mengubah persepsi mereka terhadap